Saturday, August 27, 2011

Adab memohon maaf

Lagi beberapa hari kita akan meninggalkan bulan ramadhan . Kemudian kita akan menyambut lebaran dengan penuh kesyukuran. Kesyukuran yang di panjatkan kepada ALLAH swt kerana telah memberi izin kepada kita untuk menikmati Aidilfitiri bersama keluarga tersayang. Apabila tiba Aidilfitri lazimnya kita akan memohon ampun dan maaf kepada saudara mara ahli keluarga dan juga kedua ibu bapa. Adab-adab memohon maaf ada cara nya.

Maaf bukan sekadar bercakap
"Maaf kan aku ye, kita 0-0".



Amat mudah kalau menyatakan bergitu. Maaf sebegitu seperti tidak menyesali perbuatan yang dah dilakukan dan nampak seperti tidak ikhlas. Kita kalau memohon maaf haruslah ikhlas di mata orang yang kita pohon maaf . Bagi aku maaf yang betul ialah sebagai contoh

"Siti walau pun kita bukannya rapat,  aku minta maaf, kalau selama hari ini ada terngumpat, terkutuk, terngata kau tak kira dalam keadaan sedar atau tidak, harap kau maafkan segala kesalahan aku, dan harap kita masih berkawan seperti biasa ".

"Ahmad aku minta maaf sebab terpecahkan cermin kereta kau, harap kau maafkan aku, kita kawan seperti biasa ya ".

Apabila kita memohon maaf sebegini , pasti orang yang kita pohon maaf tu akan berfikiran yang kita sedar akan kesalahan kita, kerana telah menyebut kesalahan kita walaupun itu bukan kesalahan yang sebenarnya. Bagi aku memadai dengan menyatakan perkara yang umum sahaja . Ini bagi mengelakkan keadaan bertambah keruh. Aku pasti orang kita pohon maaf itu akan segera memaafkan kita kerana mereka dapat melihat keikhlasan kita dalam memohon maaf tersebut.

Kemudian didalam maaf tersebut kita menyatakan hasrat untuk terus berhubungan dan bersaudara walaupun pernah berlaku perselisihan faham. Bak kata orang tiada manusia yang sempurna, tiada manusia yang tidak pernah melakukan kesalahan. Tapi jangan pula kita meminta maaf sebegini ,

Tapi ada sesetengah orang yang memohon maaf dengan cara ini. :

" Kak senah, saya minta maaf le sebab anak saya terpecah pasu rumah kak senah, lepas ni kak senah jangan hubungi saya, jangan kasi anak akak kawan dengan anak saya lagi kita putus saudara ".

Bagi pendapat aku, maaf sebegini hanya mengeruhkan lagi keadaan, kerana mohon maaf  kemudian memutuskan tali persaudaraan . Allah SWT sangat mengutuk perbuatan sebegini.

Rasulullah bersabda : “Amal perbuatan diperlihatkan kepada Allah setiap hari senin dan kamis. Maka Allah tidak menerima amal orang yang memutus hubungan persaudaraan” (H.R. Ath-Thabrani, As-Suyuthi).

Sekiranya ada di antara saudara kita yang memutuskan silaturahim dengan kita, maka kita harus tetap memelihara dan menyambung tali persaudaraan. Apabila saudara kita berbuat tidak baik pada kita, kita harus tetap berbuat baik pada mereka. Nabi bersabda :“Seorang yang menyambung tali persaudaraan bukanlah yang menyambung pada orang yang menyambung persaudaraan dengannya, akan tetapi orang yang menyambung persaudaraan adalah orang yang apabila diputus tali persaudaraannya tetap menyambungnya” (H.R. Bukhari).

Setiap orang mendambakan kesempurnaan dan keindahan. Salah satu unsur pembentuk kesempurnaan dan keindahan dalam hidup adalah menyambung persaudaraan dengan orang yang memutus persaudaraan dengan kita. Akhlak ini termasuk akhlak nubuwah dimana Rasulullah Saw pernah bersabda tentang masalah ini.

“Tuhanku memerintahkanku Sembilan perkara :
  1. ikhlas di saat sendirian dan di keramaian,
  2. tetap adil dalam keadaan ridha atau pun saat marah,
  3. sederhana di saat kaya dan miskin,
  4. memaafkan orang yang menzhalimiku,
  5. menyambung orang yang memutus tali persaudaraan denganku,
  6. memberi orang yang tidak mau memberiku, dan
  7. agar diamku adalah berpikir
  8. Bicaraku dzikir dan
  9. pandanganku ibadah (pelajaran)”.
 (H.R. Ibnu Al-Athsir).
  
Apabila seseorang muslim melakukan dosa, wajib ia segera bertaubat tanpa perlu menunggu waktu tertentu. jika dia melakukan kesilapan pada orang lain, wajib dia memohon maaf dengan segera tanpa perlu menanti hari raya.

Memohon maaf atas kesilapan pada bila-bila masa, walaupun jika tidak melakukan kesalahan, adalah satu pekerti yang mulia yang dianjurkan oleh islam.

Meminta maaf semasa hari raya hanyalah adat tetapi tidak salah melakukannya.

Adab meminta maaf dan bertaubat ialah mengaku kesilapan, berazam tidak melakukannya lagi dan ikhlas bila memohon maaf atau ampun.

Seseorang yang mengucapkan minta maaf hanya sekadar memenuhi adat pada suasana hari raya sedangkan hatinya tidak mengaku salah, tidak merasa insaf dan tidak berniat memohon maaf atas kesalahannya, Allah akan menghisab amalnya mengikut niat dihatinya.

Mereka yang seperti ini, hendaklah dinasihat dengan baik selalu sehingga dia sedar dan diajak untuk melakukan amal yang menyucikan jiwa kerana keengganan untuk mengaku kesalahan dan memohon maaf adalah tanda kekotoran hati. selagi hati itu kotor, selagi itu dia akan berdegil.
P/S: "Forgive but will never Forget".  


No comments: