Assalammualaikum, tahun baru, sekolah baru, baju baru, kasut baru... semuanya baru. Sejak Fayyadh dah mula bersekolah ni, baru la aku tau perasaan Mak Abah dulu masa kami adik beradik mula bersekolah. Perbelanjaan persekolah sekarang tak sama dengan perbelanjaan zaman dulu. Masa zaman aku sekolah rasanya kelebihan untuk memilih barang keperluan sendiri agak terhad. Tak macam budak-budak zaman sekarang, mak ayah zaman sekarang lebih kepada malas nak dengar anak mengamuk di kedai , so, jalan paling mudah ialah beli je apa yang diorang nak. (*macam aku..). Tahun lepas Fayyadh request nak tema BEN10.. tahun dia upgrade sikit nak tema ANGRYBIRDS pulak.. -_-'...
Fathi pun tak kurang jugak peel nye, semua barang yang abang dia beli semua dia nak jugak. nak tak nak aku pun kena la beli 2 setiap barang... :) . Bagus nya kat sini ialah bila Fayyadh tengah buat kerja sekolah, Fathi pun mengikut sekali menulis.
Kita pulak sebagai ibu bapa , jangan telalu mengharapkan cikgu untuk jadikan anak kita pandai, tapi sekali sekala rajin-rajin kan lah diri buat kerja sekolah tu sama-sama dengan diorang. Bukan apa, sekadar nak bagi suasana pembelajaran tu lebih seronok dan tidak membosankan.. Bila seronok nanti lama-lama sesi buat kerja sekolah di rumah tu jadi aktiviti yang diorang tunggu-tunggu.
Selain tu, doa jangan lupa :) Boleh lah cuba cara mudah nak doakan anak macam kat bawah ni.
a) Baca Fatihah (1 kali)
b) Baca Ayat Kursi (1 kali)
c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)
b) Baca Ayat Kursi (1 kali)
c) Baca Surah al-Insyirah (1 kali)
d) Baca Surah Toha 1-5 (1 kali)ayat




0 kOm3n:
Post a Comment