Tuesday, February 21, 2012

Jari-jemari berlemak dah mula menaip.

Salam, 

Blog bersawang ini insyallah akan kembali aktif, ini gara-gara assignment la ni. Tapi bagus jugak, sekurang-kurang nya blog tak semenggah ini akan di nilai. ^__^. Terlalu banyak benda yang dah terjadi sejak dua menjak ni. So, aku tengah cuba aturkan satu persatu . Korang just baca je k. Senang bukan :) .

11 Disember 2011 yang lalu, adalah hari bersejarah buat adik perempuan ku apabila beliau selamat diijab kabulkan dengan pasangan nya. Biaselah majlis kahwin, mana ada yang tak meriah. Orang tak berhenti datang sampai ke maghrib. 






Alhamdulillah selamat diijabkabulkan. Tambah sorang lagi menantu Mak Abah. 
 Majlis sebelah lelaki tak kurang meriahnya, serba biru lagi. tapi yang aku perasan kenapa aku nampak gemok?? (* alasan taknak terima hakikat) . 


Semoga berbahagia sehingga ke Jannah  Mak Teh & Pak Teh - Fayyadh& Fathi.


2 kOm3n:

Baiti said...

hahaha..sama la kiter kin..da lamer giler x update blog..nie baru nak berbelog labik nih....huhuhhu

Shykin Moksen said...

@Baiti

itula, kalau dah berhenti lama, nak start balik tu.. mak aiii.. malasnya