Friday, March 2, 2012

Kek kami.

Hujung-hujung minggu sekali sekala duduk di rumah best jugak, kebetulan 3 minggu straight kelas cancel, jadi peluang ini lah nak habiskan masa yang berkualiti dengan anak-anak. Hari ini mood ibu baik, rasa nak buat kek kukus. Tq ler kat my BFF Pn. Nor Saidah sebab share resepi ni , selalu tengok dia upload gambar-gambar masakan dia, jadi nak try la jugak, asyik kite je terliur ..kali ni kite bagi readers pulak terliur.

Resepi dia mudah gilerrr.. bahan pun mudah sangat nak dapat, pergi kedai runcit depan je dah dapat :).Copy paste dari tuan punya blog :

Kek Coklat Moist Kukus

Siapa tgk resepi ni mesti xpercaya, so saya gerenti semua yang xpandai masak pon blh buat sambil tutup mata.

Actually ni kali ke 5 saya buat choc moist, dari yang pertama kali hingga ke 4 kalinya moist saya xpernah jadi, wpun berbagai-bagai resepi dh cuba still tgn xberbedong. Akhirnya kek yg xjadi berkampung didlm tong sampah :(

Usaha! Usaha! ptg td google comparekan resepi dari blog ke blog sifu, akhirnya dapat juga gabungkan resepi ni supaya saya sendiri senang ingt.

Tadi lepas habis buat meloncat-loncat sebab akhirnya jadi juga choc moist kek ni...yeayyyy!!!
Tapi mungkin resepi ni perlu diperbaiki memandangkan baru kali pertama buat.

Ok jom tgk resepi yang sempoi


BAHAN A 

1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat
1 cawan susu cair
1 cawan gula yg dikisar halus
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 penutup esen vanilla

- Masukkan kesemua bahan-bahan diatas didalam periuk panaskan dengan api yang perlahan
(xperlu mendidih, sekadar larut dan sebatikan sahaja). Tutup api.

BAHAN B

4 biji telur
1 1/2 cawan tepung naik sendiri
 # Kalau xde, guna tepung gandum pun blh
( tepung gandum + 1sudu kecil soda bikarbonat + 1 sudu baking powder = ayakkan semua bahan)

- Bahan-bahan ni blenderkan (guna blender yg selalu mesin cili-makesure basuh bersih-bersih)

- Sediakan loyang yang telah disapu marjerin
- Masukkan Bahan A kedalam Bahan B (Kacau sebati dan kukus dengan api yang sederhana dalam masa 45min-1jam)
- SIAP!!


=====================================================================

Okey semua dah faham???... jadi boleh la kita teruskan memasak, kali ini saya di bantu oleh dua orang pembantu yang suka makan ini tapi badan tak naik-naik. 

Pembantu No 1


Pembantu No 2

Tarraaaa........ siap. (*haruslah di posingkan oleh pembantu)



Sekarang masa untuk terliur ^_________^

2 kOm3n:

S.U.R.I.A. said...

terliurrrrrr

Shykin Moksen said...

@S.U.R.I.A.

tu la. rasa mcam nak buat lagi pulak. huhu