Thursday, September 13, 2012

Hari Baik, Bulan Baik, Berita Baik..

Salam, 

Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitiri Maaf Zahir Batin. Rasanya baru je post entry pasal bulan puasa, tau-tau je dah nak habis bulan syawal dah pun. Itulah bukti betapa cepat dan pantasnya masa berlalu, sampai kita sendiri pun tak sedar. Sempena bulan baik ni, rasanya ramai yang dah tahu. Yelah, sejak-sejak aku annouce yang aku sedang mengandungkan anak yang ke-3.. Kalau nak ikutkan ini kandungan aku yang ke-4 sebab aku pernah gugur sekali sebelum mengandungkan Fathi (no2) dulu. Tapi takpa, orang kata setiap kejadian itu ada hikmahnya. Lepas aku gugur tu, memang susah nak melekat balik kandungan . Makan masa 1 tahun juga untuk aku dapat berita yang aku mengandung balik. Lepas Fathi lahir macam-macam rezeki kami dapat. Syukur alhamdulillah. 

Macam mana hari raya korang?? mesti meriah kan. Yelah, hari raya mana yang tak meriah. Tahun ni giliran suami aku. So, dia buat keputusan nak balik kampung sebelah mak dia di Air Itam, Muar. Kebetulan juga keluarga sebelah abah aku pula buat reunion keluarga dekat Sungai Balang, Semerah, Muar., nasib baik lah dekat.. dapat la aku singgah walaupun bukan giliran balik raya kampung aku tahun ni. So, petang sehari sebelum raya kami dah gerak pulang ke Air Itam, Muar. Perjalanan balik kampung alhamdulillah lancar dari KL sampai ke Tol Tangkak. Walaupun kereta banyak, tapi lancar.

Sampai je rumah atok, ngam-ngam azan maghrib. Memang langkah kanan, sampai-sampai je tak sempat salam semua orang dah duduk basuh tangan makan buka puasa.. Malam raya di rumah atok seronok, yelah bila dah ramai-ramai kumpul macam-macam cerita, macam-macam ragam. Kami ramai-ramai main bunga api, mercun dan masak BBQ.. Seronok .^_^ Yelah kat kampung, rumah jauh-jauh.. memang sakanlah dapat main mercun dan bunga api. takda siapa nak bising. Hehehe...

Keesokkan harinya, semua bangun awal, siap-siap nak ke masjid solat hari raya. Lepas je solat, semua makan-makan dulu, kemudian baru sesi salam , minta maaf. Waktu ni lah baru part touching-touching tu, Mana-mana yang buat salah banyak tu waktu ni lah.. nak nangis teresak-esak. Untung rasanya bila kita ada adat maaf-maafan di hari raya ni.  Sekurantg-kurangnya kita bole minta maaf tak kiralah ada salah atau tidak. Ini semua semata-mata nak erat kan tali silaturahim antara ahli keluarga. #sedih pulak tetiba. :)

Lepas sesi salam, sesi tangkap gambar la pulak. Hahahah!! macam-macam aksi. Kemudian, barulah aku dan suami gerak ke Sungai Balang. Kat sana meriah dia lain. Bayangkan 1 keturunan Allahyarham Haji Ahmad dan Hjh Mastura.(Moyang) semuanya datang. Ada dalam 300 orang. Macam-macam aktiviti. Cabutan bertuah, game., sketsa, karaoke, sesi bagi duit raya, ucapan raya.. Yang seronoknya, bila dah kumpul ramai-ramai tak sangka betapa banyak nye sepupu, dua pupu yang ada. Yang dulu kali terakhir jumpa baru tadika, sekarang dah jadi bapak budak pun ada. Lagi lah macam-macam ragam. Pakcik-pakcik sedara tunjuk bakat nyanyi karaoke. Memang seronok sangat. Ada pula DJ dan badut yang di jemput khas. DJ pulak boleh tahan keletahnya, tak kering gusi dibuat. Ucapan tahniah dekat geng-geng sepupu-sepupu abah sebab berjaya juga buat reunion ini pertama kalinya. Harap-harap tahun-tahun akan datang ada lagi. 

Heeeeeeeeee...........panjang pulak aku taip. (Excited lebih ni). Tunggu next entry nak update pasal baby and job Fayyadh. Tungguuu... Kat bawah ni aku attachkan beberapa pic hari raya tahun ni. :) Bye.. 

 Rumah atok di Air Itam,. Muar. 

 Pagi raya kami. 

 Formal and tak formal..

 Reunion keluarga sebelah abah. 

Rumah tok de di Sungai Balang. tempat reunion..

Mak saya sebagai pengerusi majlis. 

Hamper-hamper untuk cabutan betuah. 

Stok ketupat untuk tetamu. Banyak kan.

Sesi suai-kenal atok-atok sedara .


Sesi cabutan betuah. Setiap yang betuah kena perkenalkan diri lepas tu bagi tahu anak kpd siapa, isteri siapa, cucu siapa...

Hehehe.. Ai pun betuah tau hari tu.... dapat hamper jugak. Rezeki BaBy.. 


Seronok dapat hamper besar-besar. 

Sesi sketsa.. 



Fynn Jamal di situ. Juna kecik pun ade. 

Ini adik perempuan aku dengan husband dia yang baru kahwin hari tu. 

Ini sesi bagi duit raya.. semua dapat. Yang tak sekolah, sekolah rendah, sekolah menengah, kolej.. 


Masing-masing tunjuk bakat tependam. 

Sekali -sekala dapat karaoke.. hurmmm.. balun aje...


Gadis-gadis tangga.. hahaha!!. 

Oh. Cayang baby... ^_^

Family Potrait. 

My Family.. yang lelaki semua bejanggut.. kecuali Fayyadh and Fathi jelah. 

Yang ini pulak mando kawasan.. jaga kawasan.. hahahaaha!!>..



Dah selesai majlis.. basuh pinggan le apa lagi.. :) Macho pulak yang pakai spek itam tu.. 

Sepupu-sepapat abah.. seronok bila dapat kumpul-kumpul balik.. gotong royong mcm ni. 

Last but not lease.. sesi menapau..  sempat tapau sambal udang tu.. sedap weiiii..

1 comment:

syafisyifa' said...

La saya baru tahu awak pregnant...tahniah taw.