Monday, November 26, 2012

Skodeng

Salam. Ya Ampun lama sangat tak update. Betullah kata orang kalau sekali dah malas nak rajin balik tu maha liat penangan nye. Okeylah, hari ni gagah nak menaip. Ada banyak nak di ceritakan tapi ikut sukahati aku, nak update yang mana dulu. (*blog haku kan).Sebenarnya aku lagi banyak update dekat instagram berbanding sini. So jangan malu dan segan nak follow instagram haku hokeyh. ! O_O Baik, cerita pasal kehamilan aku kali ini. Alhamdulillah, setakat ini semuanya berjalan lancar. Cuma HB aku naik turun je. Tapi takpa masih lagi dalam keadaan terkawal dan tidak membahayakan. (* ni kata nurse dan doktor okey ).

Alhamdulillah masa aku menaip entry ni usia kandungan dah masuk 31 minggu. Bermaknanya kurang dari 10 minggu aku akan melahirkan. Ops lupa nak bagitahu yang EDD aku kali ini ialah pada 26 JAN 2013. Yes! tambah lagi sorang anak januari dalam keluarga aku selain dari Fathi. So, dah tau dah pasni kalau sambut birthday boleh buat serentak dengan Fathi punya sebab dia lahir pada 15hb Januari. (* Jimat ) 

Dulu masa pregnant Fayyadh dan Fathi scan 2D je yang aku tahu. So, Kali ni konon-konon nak merasa la scan 3D. 4D pulak, aku pun ajak la suami pergi buat dekat klinik. Memang teruja la sebab 4D bole dengar sound dan tengok dia gerak-gerak dengan gambar coklat tu. Dah macam ada kat depan mata je baby padahal masih lagi dalam perut. Jakun jugak la haku... ngeh ngeh ngeh. 

BTW aku buat dekat Klinik Sofea, Puchong Utama, scan 3d 4d murah la kat situ, RM80 sekali dengan CD. Setakat ini aku rasa kat KL ni tu yang paling murah. Lagi pula, tak payah buat appointment, walk-in terus je.

Proses scan dijalan oleh doktor yang bertugas masa tu. Okeyla jugak, puas hati sebab dia print hampir 10 keping result scan muka tu. Banyakkan??.. Selain scan tengok muka, doktor tu bagi tahu perkembangan graf baby dalam kandungan. Doktor tu cerita la berat baby berapa, jantung dia okey ke tak, tumbesaran dia normal ke tak, air ketuban cukup ke tak, dan yang paling penting dia bagitahu dan 'tunjuk' sekali jantina baby. (* excited kan ? ) 

Kepada ibu2 yang hamil tu kalau masih mencari klinik scan yang murah boleh la pergi ke klinik ni. 

KLINIK SOFEA 
Address NO. 36, GROUND FLOOR, 
JALAN PJU 7/3 
BANDAR PUCHONG UTAMA 
47100 SELANGOR
Phone 03-8061 9628 

Jom view hasil 4dscannya. Yang ni aku printscreen dari VCD yang klinik tu bagi. 


 Nyenyak tidur, usik-usik pun tak bangun. 

 Bila kena usik bukannya dia bangun, dia amik tangan tutup muka.




 Hihi. My latest picture. masa ni dah 30 minggu. 

 Ini pulak hasil  4dscan. Banyak jugak doktor tu print kan.

Insyallah, kami bakal menimang cahayamata PEREMPUAN. kalau ikut scan tula.. 
sebenarnya tak kisah pun jantina apa, tapi puas hati sebab dapat tahu yang dia sihat kat dalam kandungan. 

YA ALLAH PERMUDAHKANLAH SEGALANYA. AMIN.

8 comments:

Mohd Lokman Bin Ramli said...

semoga dapat zuriat yang comel dan dipermudahkan segala urusannya. ^_^

aini shahroni said...

woah!!! pertama kali tgk 4dscan for baby!!
may Allah ease you..
btw,
tahniah!! sebab tersenarai dalam favourite lifestyle blog!!
^____^
semoga berjaya! dah vote awak >_<

from ::Arkitek Hati::

Rozita said...

dah selamat ke?

nabila said...

tahniah akak. jaga kesihatan akak and baby. ;)

ada mokhtar said...

semoga dipermudahkan segalannya Amin.... :)

tia kamal said...

Wahhh~ ta ksabar nak pergi klinik tu~ terima kasih sebab bagi info yang berguna :) weee!

bayi ibu said...

boleh add facebook : 3d 4d scan malaysia .. x npk muka FREE of charge ye ... 1 session 20-30min .. semua discan dengan pakar sonographer

bai zura said...

taniah bby yg ke3,,, selamat bersalin n berpantang...

so time cuti pantang boleh laa g ronda-ronda di alam maya... feel free visit my blog yea http://yuyaisihat.blogspot.com/

tq